Saturday, 23 July 2016

ALLAH..JEMPUTLAH AKU KE RUMAH MU





Saat menulis tentang ini, hati berasa sangat malu..tangan dan jari2ku kaku seketika.. jantung berdegup kencang, air mata mengalir deras membasahi apa sahaja di depan mata…
Allah.. aku malu kepadaMu
Aku malu kerana terlalu banyak berburuk sangka
Aku malu kerana jarang bersyukur atas nikmatMu
Sangkaanku wang ringgit syarat kebahagiaan..rupanya bukan
Allah…
Izinkan jari2 yang penuh noda ini menulis..supaya apa yg bakal disampaikan memberi manfaat walaupun sedikit
27.09.1996 merupakan tarikh keramat dalam hidup..Kalimah Syahadah dilafazkan, di petang Jumaat yg mulia..
Hidup ku telah banyak berubah..
Sejak dari itu terdetik di fikiran untuk pergi ke Mekah.. teringin sangat nak pergi ke Rumah Allah..
Tetapi apakan daya, masih belajar. Mana punya wang untuk pergi.
Teringat juga saya, Kak Mazida dan beberapa orang rakan ada menulis kertas kerja untuk mendapat tajaan ke Mekah menunaikan umrah. Nama saya termasuk di dalam kertas kerja tersebut. Saya tidak ambil pusing. Maklumlah, ilmu masih cetek. Wang ringgit pun tiada. Akhirnya, proposal tersebut tiada khabar berita.

Saban tahun, hanya mampu mendengar dan membaca perjalanan umrah dan haji rakan-rakan. Hati bersyukur kerana mereka dikurniakan rezeki daripada Ilahi. Saya selalu minta mereka doakan saya di sana. Saya masih belum mampu pergi kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Tapis y yakin, suatu hari nanti Allah pasti akan beri saya peluang dan ruang itu. Berbeza dengan doa-doa yang lain, doa untuk pergi ke rumah Allah tidak pernah saya lafazkan. Hati sentiasa berbisik, Ya Allah, mudahkanlah urusanku. Temukan aku dengan Mu ya Allah di Rumah Mu yang paling agung itu.
Bila dan bagaimana tidak pernah saya persoalkan.. tapi saya yakin Allah pasti buka jalan itu.

Tahun ini, seorang rakan saya..Mak Bah telah berbincang tentang perancangan kami untuk Umrah pada bulan Disember 2017. Maka Mak Bah telah memasukkan saya dalam Group Whatsapp Umrah Maqbulah. Hati sy terdetik lagi, cukupkan duit saya nanti. Mak Bah kata, kita mula menabung untuk umrah ini bermula Ogos 2016 sebanyak RM400++ sebulan. Saya ragu-ragu, cukupkah perbelanjaanku, mampukan saya bayar seperti yang dirancangkan. Tetapi dalam resah berperang dengan keraguan dan monolog dalam, tidak sekali saya lafazkan pada Mak Bah. Saya Cuma kata, InshaAllah Mak Bah.. Insha Allah..saya nak pergi Mak Bah. Doakan ya ..

Pada suatu malam, di sepuluh Ramadhan yang terakhir saya telah bermimpi solat di depan Kaabah bersama sahabat saya Dr Nik Amalia (Lia). Perasaan saya di dalam mimpi tersebut tersangatlah gembira kerana itu adalah pertama kali saya dapat melihat Kaabah. Dalam mimpi itu juga, saya sempat minum air Zam-Zam yang sangat segar rasanya. Apabila saya bangun pagi tersebut, saya sangat teruja dan memberitahu di dalam whatsapp kepada Lia tentang pertemuan kami di Kaabah itu.
Saya juga memberitahu beberapa orang sahabat saya tentang mimpi tersebut dan mereka juga begitu teruja mendengarnya.
“Kak, mungkin nama akak dah tertulis untuk pergi ke rumahNya dalam masa terdekat ini”, ujar Qina.
Ye ke.. Dalam hati memang penuh harapan semoga mimpi itu akan menjadi kenyataan.

17/06/2016  (Sabtu) rupanya Lia telah menghantar mesej yg panjang, menunaikan harapan saya untuk pergi Umrah pada tahun ini. Malangnya saya tidak membacanya kerana telefon bimbit saya rosak.
19/07/2016 saya tergerak hati untuk membuka FB saya yang telah deactivate. Status saya adalah tentang adhesion colic.
Kemudian Lia, menjawab status saya.
“ akak saya ada whatsapp akak tetapi akak tak reply”.
 Saya menjelaskan keadaan HP saya.
“Lia, jika ada personal Lia inbox atau hntr ke Telegram saya ye”, ujar sy penuh debar.
Beberapa minit kemudian, Lia menghantar dua screenshoot whatsapp nya.

Tangan kaku, air mata mengalir deras.

Berita apakah ini Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah
Allah..sudah aku terbayang kaabah di depan mataku
Terbayang syahdunya berdoa di depan Kaabah
Terbayang bertemu kekasihku yang aku rindu

Allah.. maka nikmat Mu yang mana satukah aku dustakan? 

Yakinlah bisikan hati itu satu doa
Bersangka baik pun doa
apatah gik kata-kata yang terlafaz dibibir
Usah ragu dengan rezeki Allah
Jangan putus asa dlm mencari redha Nya
Rezeki datang cepat atau lambat jak
sebab Allah tahu bila masa yang terbaik untuk kita.

Allah..mudahkan urusan ku dan suamiku untuk pergi nanti..
Murahkan rezeki Dr. Nik Amalia dan Dr. Amir Hisyam Yazid. Limpahkan rahmatMu pd mereka...
#Speechless
 




Sunday, 5 June 2016

TRAVELOG SYAHADAH


"If you want to learn about Islam, go study Islam, don't study the Muslims"



Malam ini 5 Jun 2016, malam pertama Ramadhan Al Mubarak 1437H.
Pejam celik sudah 20 tahun saya berpuasa.. maksudnya juga sudah 20 tahun saya memeluk agama islam.
Kalimah Syahadah sy lafazkan pada pukul 3.00 pm, 29 September 1996, Hari Jumaat yg mulia, di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.  Dihadapan kakak senior Kak Mazida Ahmad..sekarang dah Dr. Mazida, 2 orang ustaz dan 3 ustazah. Subhanallah.. Alhamdulillah.

Apa perasaan saya selepas mengucap kalimah syahadah?
Saya pun tak tahu apa yg saya rasa.
Saya blur..bagaikan dlm mimpi
Saya takut sebab keluarga saya belum tahu.
Dalam masa yang sama saya takut penerimaan kawan-kawan yang saya belum maklumkan hatta kepada kawan baik saya sendiri kak syikin.

Usai mengucap, saya dipeluk ustazah2. Mereka menangis.. saya? Blur yang tak sudah.
Ustz beri saya RM50. Dengan duit itu saya beli sejadah warna biru kat foyer matrik yang sehingga sekarang sy masih menggunakannya. Allah...

Sampai di bilik dah masuk waktu Asar. Saya beri salam, tak ada seorang pun menjawabnya.
Saya punyalah excited sehingga saya bagi salam tak henti-henti.
Seorang kawan saya menyambut salam saya dengan was-was. Apabila saya menceritakan saya sudah memeluk agama islam barulah dia memeluk saya dengan tangisan. Saya? Blur lagi...

Selepas itu saya terus solat Asar berjemaah bersama sahabat saya (lupa nama). Saya tak tahu pun kena mandi wajib. Keterujaan saya memberi salam sehingga ke salam yg terakhir saya menjawab salam sahabat saya. Itu adalah yg paling manis bila dikenang.

Petangnya keislaman saya disambut dengan marah..kawan baik saya marah..kawan-kawan saya marah dan kecewa kerana saya memeluk agama islam tanpa memberitahu mereka. Saya akui saya silap tetapi saya pun punya hak saya. Teringat saya ketika belum islam, saya dilayan umpama saya ini jijik sangat. Kenapa pilih pendekatan berdakwah begitu?

Walaupun mereka marah, tetap juga mereka meraikan keislaman saya dengan doa selamat. Hari Jumaat ada Pasar Malam di Pantai Dalam Kerinchi. Jadi, malam tersebut ada majlis kecil untuk saya. Alhamdulillah.

Malam itu juga saya mandi wajib masuk islam. Saya terus hafal Al-Fatihah. Esoknya saya hafal Tahiyyat..dan seterusnya doa Qunut. Allah sangat baik pd saya.. di beri hati yg terang. Alhamdulillah sy dapat hafal dengan cepat. Allah.. Baiknya Allah pd saya.

Saya bersyukur masuk islam di UIA..bukan atas paksaan..bukan sekadar ikutan, jauh sekali kerana cinta dan perkahwinan..
Saya masuk islam kerana Hidayah Allah
tetapi harus diingat juga, Hidayah pun kita kena cari dan gali
Hidayah tidak turun dari langit begitu sahaja
Nak dapat hidayah kena ada ilmu
Syukur.. saya tergerak hati mengkaji islam melalui buku Bible, Science dan Al-Quran
Tidak saya nafikan peranan 'hantu Blok 4' dalam pengislaman saya ini (cerita kemudian)
Di situ saya ketemui kebenaran yang saya butakan selama ini
saya temui islam yg indah di UIA
Saya jatuh cinta pd ajaranNya..
tetapi..
Saya jengkel dengan umatNya yg sering bertelegah
Rasa diri megah punya ilmu yg banyak
Saya pernah mengatakan kepada beberapa sahabat saya.. Jika ku melihat orang islam, maka sesungguhnya islam bukan agama pilihanku. Syukurlah aku kenal islam kerana kebenaran yang tidak boleh disangkal, Islam agama yang agung, Islam agama terakhir yang Allah telah wahyukan. Allah..Allah.

Tahun ini tahun ke 20
Kadang-kadang iman saya berkurang..kadang-kadang bertambah..kadang-kadang maintain jak
Pasang surut memang ada
Saya bersyukur boleh mengaji walaupun tidak selancar mana
Mula-mula masuk islam dulu, saya terkial-kial mengaji. Tak ada orang tolong. Saya beli Muqaddam, tak da orang tolong ajar.
Saya cekalkan hati, mencari yang sudi mengajar. Arwah Nur Amalina Abdul Aziz (Kak Long) mengajar saya Iqra secara lompat-lompat dan Yaasin. Al-Fatihah kak Long.
Saya pernah berjanji hafaz Juz 30 kepada arwah tetapi sehingga sekarang saya belum tunaikan.

Saya bertatih mengaji. Ikut kelas wajib Al-Quran. Ada usrah saya merangkak belajar sedikit demi sedikit.
Saya dulu fikir bahwa saiz Al-Quran itu penting. Makin besar Al-QUran makin senang nak baca. Sehingga saya pinjam daripada kawan saya dr Myanmar bernama Khautsar, Al-Quran yang besar..rasanya sebesar TV 16 inci. Rupanya bukan saiz yg penting, tetapi boleh ke tidak kita baca..kenal huruf, tajwid dan sebagainya.

Saya Khatam Al-Quran sorang-sorang.
Syukur di SMKA Saratok ada tadarus tiap-tiap bulan Ramadhan. Dan yg plg best ada kelas Al-Quran yang dipimpin oleh seorang ustazah yg kami gelar murabbi..Syukran Uszth Nazziyah..Setiap rabu 2 waktu pertama pdp akan dikekang untuk guru yang ingin belajar mengaji.

 Impian saya ialah majlis khatam Al-Quran..teringin nak dapat pulut kuning.
Tahun lepas hati saya kuat mengatakan saya akan pindah tahun ini. Saya beritahu Kak Wan Sharifah, saya nak join tadarus tahun tu. Mula2 saya offer baca Surah Al-Bayyina tetapi last minute saya neves sangat saya tukar ke Al-Kauthar..
Alhamdulillah..dlm debar tercapai hajat saya. Surah terpendek pun rasa panjang bila baca dalam debar dan kalut.

Sekarang saya di sekolah baru
Suasana baru
Jangan tunggu orang untuk mengajar
Jangan pilih siapa yang mengajar
hatta drp anak kecil
Ruang belajar sentiasa terbuka
Jika bukan daripada buku, belajar juga melalui pengalaman hidup
Kita walau dimanapun berada kena kejar ilmu
kejar masa..kejar keberkatan
jangan tunggu dan lihat
Jika tidak dapat memberi, belajarlah untuk menerima
Tapi jangan jd penerima selama-lamanya
Bukankah tangan yg memberi itu lebih baik dr yang menerima?
Belajarlah ..jangan berhenti belajar dan mengajar
Ilmu Allah luas..kaji dan gali
Mudahan kita mati nanti amalan kita diterima oleh Allah SWT. Aamin.





Hakikat dua kalimah Syahadah Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†ْ Ù„َاإِÙ„َــــهَ Ø¥ِÙ„َّا اللهُ ، ÙˆَØ£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا رَسُÙˆْÙ„ُ اللهِ Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Hakikat dua kalimah Syahadah Ø£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†ْ Ù„َاإِÙ„َــــهَ Ø¥ِÙ„َّا اللهُ ، ÙˆَØ£َØ´ْÙ‡َدُ Ø£َÙ†َّ Ù…ُØ­َÙ…َّدًا رَسُÙˆْÙ„ُ اللهِ Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Monday, 30 May 2016

IKAN & POKOK





Hari ini kita belajar ilmu ikan dan pokok ye...
Mari...kita mula
Ikan kembung hidup di laut
Ditangkap nelayan ikan kembung mati
Bila mati ada org beli
Balik rumah siang, letak garam, kunyit, goreng dan makan dgn nasi + kicap
Nyaman..


masa ikan ya hidup nya sik masin pun nak..nya masin bila dh jd lauk...
Ikan ya bijak..wp hidup dgn air masin nya mampu menepis masin masuk dlm bdnnya
Semua ya kerja Tuhan
Sikboh pecah palak mikir..


Pokok.OO pokok.
Do you know that tress absorb carbon monoxide, carbon dioxide, sulfur dioxide and many other potientially harfmul gasses?
But then..trees release OXYGEN in exchange...

Moral value drp ikan dan pokok?
Ikan dan pokok ajar kita jangan berdendam
Cdak tok bait ati
Wp diuji dgn sekeliling yg rencam tp masih memberi manfaat pd manusia
Allah dah madah .. Allah sik uji melebihi kemampuan kita
Yakin ya..
Seb ya ikan tinggal dilaut wp laut masin..
Pokok terus hidup wp sedut mcm2 gas yg pelik2

Sik boh jauh..pokok kekabu depan merdeka palace ya dh berumur 88 thn..gik gagah..rega nya RM1,092426.20..sejuta lbh u u

So..terus berik manfaat pd org lain k deng2 semua
Jgn Jd kerak sumbang sorang2
Bljr dgn ikan dan pokok aok..jangan dendam..jgn kelaie..sik bagus k hati..

SAATKU DIUJI



SAATKU DIUJI
Tuhan
Disaat aku diuji berkali-kali
Airmata menitis meratap diri
Aku manusia Tuhan.. Aku kalah dalam kesah
Rasa Tuhan tidak sayang..rasa Tuhan tidak peduli
Aku lupa Tuhan sering mengingatkan
Selangkah aku rapat kepadaNya..seribu langkah Allah lebih rapat kpdku
Aku juga lupa Tuhan   berjanji
Tidak akan menguji melebihi kemampuanku
Sebagai hamba aku sering berburuk sangka
Sedangkan Tuhan telah mengatakan
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Apa yang perlu aku keluhkan lagi
Sedangkan dalam solat aku sering kalah atas sejadah
Kepala ku sujud tapi hatiku jauh menerewang
Mengenang dunia yang bukan milik ku selamanya
Badanku rukuk tapi nafsu gagal ku tundukkan
Jadinya..apa yg aku perlu kesahkan lagi
Jika hati hitam kelam bersalut noda
Jiwa tak lapang Hidup tiada ketenangan

Jawapannya ada dalam diri
Pulanglah kepada Tuhan
Kerana Syurga itu punya harga
Bukan wang ringgit taruhan
Tapi ibadah yg ikhlas pada Tuhan
Inna salati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil-alamin
Allahurabbi..