Monday, 30 May 2016

IKAN & POKOK





Hari ini kita belajar ilmu ikan dan pokok ye...
Mari...kita mula
Ikan kembung hidup di laut
Ditangkap nelayan ikan kembung mati
Bila mati ada org beli
Balik rumah siang, letak garam, kunyit, goreng dan makan dgn nasi + kicap
Nyaman..


masa ikan ya hidup nya sik masin pun nak..nya masin bila dh jd lauk...
Ikan ya bijak..wp hidup dgn air masin nya mampu menepis masin masuk dlm bdnnya
Semua ya kerja Tuhan
Sikboh pecah palak mikir..


Pokok.OO pokok.
Do you know that tress absorb carbon monoxide, carbon dioxide, sulfur dioxide and many other potientially harfmul gasses?
But then..trees release OXYGEN in exchange...

Moral value drp ikan dan pokok?
Ikan dan pokok ajar kita jangan berdendam
Cdak tok bait ati
Wp diuji dgn sekeliling yg rencam tp masih memberi manfaat pd manusia
Allah dah madah .. Allah sik uji melebihi kemampuan kita
Yakin ya..
Seb ya ikan tinggal dilaut wp laut masin..
Pokok terus hidup wp sedut mcm2 gas yg pelik2

Sik boh jauh..pokok kekabu depan merdeka palace ya dh berumur 88 thn..gik gagah..rega nya RM1,092426.20..sejuta lbh u u

So..terus berik manfaat pd org lain k deng2 semua
Jgn Jd kerak sumbang sorang2
Bljr dgn ikan dan pokok aok..jangan dendam..jgn kelaie..sik bagus k hati..

SAATKU DIUJI



SAATKU DIUJI
Tuhan
Disaat aku diuji berkali-kali
Airmata menitis meratap diri
Aku manusia Tuhan.. Aku kalah dalam kesah
Rasa Tuhan tidak sayang..rasa Tuhan tidak peduli
Aku lupa Tuhan sering mengingatkan
Selangkah aku rapat kepadaNya..seribu langkah Allah lebih rapat kpdku
Aku juga lupa Tuhan   berjanji
Tidak akan menguji melebihi kemampuanku
Sebagai hamba aku sering berburuk sangka
Sedangkan Tuhan telah mengatakan
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Apa yang perlu aku keluhkan lagi
Sedangkan dalam solat aku sering kalah atas sejadah
Kepala ku sujud tapi hatiku jauh menerewang
Mengenang dunia yang bukan milik ku selamanya
Badanku rukuk tapi nafsu gagal ku tundukkan
Jadinya..apa yg aku perlu kesahkan lagi
Jika hati hitam kelam bersalut noda
Jiwa tak lapang Hidup tiada ketenangan

Jawapannya ada dalam diri
Pulanglah kepada Tuhan
Kerana Syurga itu punya harga
Bukan wang ringgit taruhan
Tapi ibadah yg ikhlas pada Tuhan
Inna salati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil-alamin
Allahurabbi..

Friday, 27 May 2016

ISTIKHARAH PENUNJUK JALAN.. SESAL DAHULU PENDAPATAN..SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
 
 
Soal memilih pasangan hidup bukan sesuatu yang boleh dibuat mainan..
Istikarahlah
jangan terlalu terdesak sehingga membelakangkan istikharah
Jawapan isthikarah bukan sekadar melalui mimpi..boleh jadi gerak hati
istikharahlah
jangan ralat dikemudian hari
istikharahlah
supaya tidak menyesal seumur hidupmu
Tolonglah istikharahlah.

Thursday, 26 May 2016

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK

 Hidup ini umpama roda.. Roda yang berpusing..berbakti kepada kenderaan untuk terus bergerak ke hadapan dan ke belakang.
Jangan jadi roda yang rosak, tidak mampu memberi manfaat lagi

Percaya tak apa yang kita buat akan memberi kesan kepada kita? Jika tidak sekarang mungkin bertahun-tahun yg mendatang. Berbuat baik tidak perlu ada syaratnya. Saya kurang gemar jika kita hanya berbuat baik pada orang tertentu ataupun pilih bulu.

dalam hidup ini ada dua perkara yang sangat penting
hablun minnal Allah (Hubungan dgn Allah)
Hablun minnan Nas (Hubungan dengan manusia)
Hubungan dgn Allah biarlah menjadi rahsia kita dengan pencipta kita..tetapi hubungan dgn Allah juga menjadi cerminan hubungan kita sesama manusia.
Ya..hubungan dgn Allah itu sgt penting..asal Allah Redha..itu yg penting..
Tetapi Islam juga mengajar kita untuk berbuat baik pd semua org hatta org yg kita anggap musuh

Sejarah telah membuktikan betapa ramainya manusia tersungkur ditangan rakan karib sendiri..
Dan tidak kepalang banyaknya musuh jadi sahabt yang kita boleh berkongsi rasa hati
Hidup ini umpama roda..
yg muda akan tua
yg hidup juga akan mati
carilah 5 sebelum 5
sahabatku dialam maya ini,
Andai ini coretan yg terakhir..kenanglah daku sebagai sahbt yg dulu pernah menyebabkan kamu tertawa ria, menangis bersama, bersuka ria bersama-sama
jangan ingat kejahatan saya..kerana ketika saya melakukan itu sy sedang khilaf ..mgkn sedang hanyut dengan hasutan nafsu 
maka maafkan saya
sahabatku,
betapa ramai diantara kita yang kecewa kerana org memandang serong padanya tanpa tahu cerita sebenar
ramai lagi yg berdukacita atas tuduhan yg tidak dilakukan
lihatlah disekeliling kita
ramai sungguh yg kita aniaya
menilai tanpa menyelidiki
jauh sekali untuk mendekati
38 tahun sy didunia ini
saya cukup bahagia punyai ramai kawan yg baik2
kerana baik itu subjektif
baik bagi saya mungkin tidak baik untuk org lain
maka .. 
adili sahabtmu sebaik baiknya
hargai sebelum dia hilang dr pandanganmu
Hari ini sahabt sy menghantar makanan sehingga sy habis menjamahnya.. 
Dalam hati ini, bertuahnya punya sahabat sebaik ini
Itu kurniaan Ilahi.. Maka nikmat Allah yg mana satukah yg engkau dustakan wahai Husna.. Allah. 
Hidup ini sudah Allah tulis skripnya..kita sebagai hamba kena redha. 
Bersyukur dan bersyukur
Senyum dan senyum.. 

#what you give you get back.

AKU SEORANG HAMBA: TAKDIRNYA AKU REDHA

38 tahun kehidupan.. banyak yang telah saya lalui
menulis ini bukan untuk mengejar populariti
Jauh sekali untuk mendabik dada berasa bangga dengan kurniaan yg ada
Tulisan ini untuk mendidik
Kehidupan manusia berbeda beda
jalan cerita hidup tidak sama

Bermula dengan kelahiran
Ada ibu yg mudah..ada yg susah..ada yang normal..ada yg kena bedah
Bila mati pun sama juga..
Ada yang mati sakit, mati tidak sakit apa2 pun ada, mati kemalangan, mati lemas..byk lagi
Tapi jgn sampai mati hati..

Hidup adalah anugerah..hiduplah dengan gembira tatkala usia masih ada untuk kita
Kerana kita seorang hamba..maka kita kena redha
Senyum jangan pernah kurang

Dalam hidup saya banyak sangat perkara yang saya tidak mahu, berlaku
Apa yang saya kata tidak, terjadi

Saya sangat bercita-cita menjadi peguam
Pada tahun 1996 saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA, Lembah Pantai.
Setelah graduasi pd tahun 2002, atas desakan ibu sy mengambil Kursus KPLI -TESL
2 benda yang sangat saya tidak mahu
Pertama menjadi guru
kedua; yang lebih perit lagi menjadi guru BI .. saya tidak mempunyai kimia yang baik bersama subjek BI ini
Kini sudah 13 tahun bergelar pendidik..hati ini semakin cinta

Tiba pula masanya untuk penempatan..dalam hati memang tidak mahu mengajar di bandar..
Saya juga mati hidup semula memang tak nak mengajar di Saratok. Itu doa saya pd Tuhan..hantarlah saya ke ceruk duni yang lain asal bukan saratok.
Apabila menerima surat posting, hati melonjak girang. Manakan tidak SMK AGAMA SRI AMAN SARATOK
Sri Aman? Alhamdulillah
Tengah sibuk2 bergembira, tetiba kawan call..
Umang, sekolah ya sekolah baru.Untung Kau.. Kat Saratok
What??????? Saratok???
Selama 12 tahun di Saratok..hati sungguh terpaut. Kalau boleh nak pencen di Saratok. Tapi apakan daya, kita merancang Tuhan menentukan.

Apabila sudah bekerja saya ada impian memiliki kereta yang besar. Bukan Kereta Kancil.
Tiga bulan pertama sibuk belajar bawa kereta.. bila dah dapat lesen so seronoklah..
Pada suatu pagi mak kawan saya call.. Umang, nak beli kereta tak? Sekarang kancil 0 downpayment..
Saya pulak dengar 0 downpayment tak fikir banyak..terus ke kedai Easy Own Motor, Saratok.
Seminggu selepas itu saya menjadi pemilik sah QKX6340, Si Mini Alphard Silver. Kancil.. sampai sekarang masih ada. Si kancil ini menjadi saksi berjuta cerita. Sayang Kancilku.

2009, nama saya tercicir untuk dilantik mengajar Tingkatan 6 MUET.
gembiranya saya sebab saya lebih suka mengajar arus perdana.
Ketua Bidang Bahasa ada kekosongan..kerana guru tersebut dilantik ke Ting 6.
Saya dah pasti bukan saya yg akan dilantik.
Manakan tidak, jadi ketua panitia pun tak pernah.
Ketika kem Disiplin di Ulu Layar Betong (masatu ketua guru disiplin) Arwah pengetua Ustaz Mahusain datang..
Faridah, saya nak lantik kamu jadi ketua bidang..
Apa? Ketua Bidang?
Jangan ustz..saya nak jd cikgu biasa
Ramai lg yg senior..yg lebih berpengalaman..tolonglah ustaz
Ustaz angguk2..lega hati saya.
Pagi isnin, ada mesyuarat guru..
Di sini saya umumkan Ketua Bidang Bahasa kita yang baharu ialah Cik Faridah Husna Abdullah.
 Ustaz???????
Kenapa buat saya mcmnie?
apapun terima kasih ustz. Hikmah memang tak nampak dlm sehari. Hikmah memang tersembunyi. Jika bukan hari ini, hasilannya akan datang jua suatu hari nanti. 

Usia semakin menginjak tua.. terasa pula ingin berumah tangga.
Impian bersuami ..memiliki zuriat, bahagia, gembira, suami yg dpt bimbing saya ke Syurga Firdausi, menjadi imam solatku dan zuriatku
Impikan suami berkaca mata, berkot dan bertali leher,
Asalkan bukan polis kerana saya sejarah silam saya menjadikan rasa prejudis kepada polis2..(Maaf ye)
Entah mcmana, jodoh datang secara tetiba
Saya terima tanpa banyak bicara
Belum sempat jatuh cinta sudah berumah tangga..
Siapa.. Abang POLIS juga..

Tahun lepas saya memohon pindah mengikut suami
Dalam hati janganlah dapat SHOAW
Bila dapat surat pindah..Tahniah..
Anda ditempatkan di SMKA SHOAW
What say u?
Hikmah nya besar
Saya bahagia di sini..
Gerak kerja yang jauh berbeza menjadikan saya lebih jatuh cinta kpd kerjaya saya.

Sekarang dan kini
Saya masih diberi nikmat hidup
Selagi saya punya hayat ..saya mohon agar hati redha dgn ketentuannya
Quranic Quotes #25






BLOG BAHARU..CATATAN BAHARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Alhamdulillah..sudah 3 tahun saya tinggalkan dunia blog kini ingin kembali menulis semua..sebuah blog.. perjalanan seorang hamba.. Travelog cinta meniti sisa usia
Semalam saya sudah desak diri saya untuk deactivate Facebook walaupun saya ramai friends (3516 orang) dan beratus followers.
Dan hari ini saya bertekad menulis sebuah catatan ..MY BLOG..MY TRAVELOG
Saya juga ada sebuah blog yang sudah lama tidak disentuh
http://umangbajik-mualaf.blogspot.my/
antara cerita kegemaran saya ialah
http://umangbajik-mualaf.blogspot.my/2013/12/sebuah-perjalanan-2013.html
http://umangbajik-mualaf.blogspot.my/2013/09/hikmah-sakit.html
http://umangbajik-mualaf.blogspot.my/2011/03/susah-dahulu-senang-kemudian.html
Saya akan alihkan cerita yang original ke blog baharu saya ini.

2013-2016
3 tahun yang sepi
3 tahun penuh suka duka
kelahiran dan kematian
kegembiraan dan kepahitan

Saya bermula lagi
Saya akan tulis dan terus menulis
 sehingga nanti saya akan tulis buku saya sendiri
TravelogKu..HidupKu..