Sunday, 5 June 2016

TRAVELOG SYAHADAH


"If you want to learn about Islam, go study Islam, don't study the Muslims"



Malam ini 5 Jun 2016, malam pertama Ramadhan Al Mubarak 1437H.
Pejam celik sudah 20 tahun saya berpuasa.. maksudnya juga sudah 20 tahun saya memeluk agama islam.
Kalimah Syahadah sy lafazkan pada pukul 3.00 pm, 29 September 1996, Hari Jumaat yg mulia, di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.  Dihadapan kakak senior Kak Mazida Ahmad..sekarang dah Dr. Mazida, 2 orang ustaz dan 3 ustazah. Subhanallah.. Alhamdulillah.

Apa perasaan saya selepas mengucap kalimah syahadah?
Saya pun tak tahu apa yg saya rasa.
Saya blur..bagaikan dlm mimpi
Saya takut sebab keluarga saya belum tahu.
Dalam masa yang sama saya takut penerimaan kawan-kawan yang saya belum maklumkan hatta kepada kawan baik saya sendiri kak syikin.

Usai mengucap, saya dipeluk ustazah2. Mereka menangis.. saya? Blur yang tak sudah.
Ustz beri saya RM50. Dengan duit itu saya beli sejadah warna biru kat foyer matrik yang sehingga sekarang sy masih menggunakannya. Allah...

Sampai di bilik dah masuk waktu Asar. Saya beri salam, tak ada seorang pun menjawabnya.
Saya punyalah excited sehingga saya bagi salam tak henti-henti.
Seorang kawan saya menyambut salam saya dengan was-was. Apabila saya menceritakan saya sudah memeluk agama islam barulah dia memeluk saya dengan tangisan. Saya? Blur lagi...

Selepas itu saya terus solat Asar berjemaah bersama sahabat saya (lupa nama). Saya tak tahu pun kena mandi wajib. Keterujaan saya memberi salam sehingga ke salam yg terakhir saya menjawab salam sahabat saya. Itu adalah yg paling manis bila dikenang.

Petangnya keislaman saya disambut dengan marah..kawan baik saya marah..kawan-kawan saya marah dan kecewa kerana saya memeluk agama islam tanpa memberitahu mereka. Saya akui saya silap tetapi saya pun punya hak saya. Teringat saya ketika belum islam, saya dilayan umpama saya ini jijik sangat. Kenapa pilih pendekatan berdakwah begitu?

Walaupun mereka marah, tetap juga mereka meraikan keislaman saya dengan doa selamat. Hari Jumaat ada Pasar Malam di Pantai Dalam Kerinchi. Jadi, malam tersebut ada majlis kecil untuk saya. Alhamdulillah.

Malam itu juga saya mandi wajib masuk islam. Saya terus hafal Al-Fatihah. Esoknya saya hafal Tahiyyat..dan seterusnya doa Qunut. Allah sangat baik pd saya.. di beri hati yg terang. Alhamdulillah sy dapat hafal dengan cepat. Allah.. Baiknya Allah pd saya.

Saya bersyukur masuk islam di UIA..bukan atas paksaan..bukan sekadar ikutan, jauh sekali kerana cinta dan perkahwinan..
Saya masuk islam kerana Hidayah Allah
tetapi harus diingat juga, Hidayah pun kita kena cari dan gali
Hidayah tidak turun dari langit begitu sahaja
Nak dapat hidayah kena ada ilmu
Syukur.. saya tergerak hati mengkaji islam melalui buku Bible, Science dan Al-Quran
Tidak saya nafikan peranan 'hantu Blok 4' dalam pengislaman saya ini (cerita kemudian)
Di situ saya ketemui kebenaran yang saya butakan selama ini
saya temui islam yg indah di UIA
Saya jatuh cinta pd ajaranNya..
tetapi..
Saya jengkel dengan umatNya yg sering bertelegah
Rasa diri megah punya ilmu yg banyak
Saya pernah mengatakan kepada beberapa sahabat saya.. Jika ku melihat orang islam, maka sesungguhnya islam bukan agama pilihanku. Syukurlah aku kenal islam kerana kebenaran yang tidak boleh disangkal, Islam agama yang agung, Islam agama terakhir yang Allah telah wahyukan. Allah..Allah.

Tahun ini tahun ke 20
Kadang-kadang iman saya berkurang..kadang-kadang bertambah..kadang-kadang maintain jak
Pasang surut memang ada
Saya bersyukur boleh mengaji walaupun tidak selancar mana
Mula-mula masuk islam dulu, saya terkial-kial mengaji. Tak ada orang tolong. Saya beli Muqaddam, tak da orang tolong ajar.
Saya cekalkan hati, mencari yang sudi mengajar. Arwah Nur Amalina Abdul Aziz (Kak Long) mengajar saya Iqra secara lompat-lompat dan Yaasin. Al-Fatihah kak Long.
Saya pernah berjanji hafaz Juz 30 kepada arwah tetapi sehingga sekarang saya belum tunaikan.

Saya bertatih mengaji. Ikut kelas wajib Al-Quran. Ada usrah saya merangkak belajar sedikit demi sedikit.
Saya dulu fikir bahwa saiz Al-Quran itu penting. Makin besar Al-QUran makin senang nak baca. Sehingga saya pinjam daripada kawan saya dr Myanmar bernama Khautsar, Al-Quran yang besar..rasanya sebesar TV 16 inci. Rupanya bukan saiz yg penting, tetapi boleh ke tidak kita baca..kenal huruf, tajwid dan sebagainya.

Saya Khatam Al-Quran sorang-sorang.
Syukur di SMKA Saratok ada tadarus tiap-tiap bulan Ramadhan. Dan yg plg best ada kelas Al-Quran yang dipimpin oleh seorang ustazah yg kami gelar murabbi..Syukran Uszth Nazziyah..Setiap rabu 2 waktu pertama pdp akan dikekang untuk guru yang ingin belajar mengaji.

 Impian saya ialah majlis khatam Al-Quran..teringin nak dapat pulut kuning.
Tahun lepas hati saya kuat mengatakan saya akan pindah tahun ini. Saya beritahu Kak Wan Sharifah, saya nak join tadarus tahun tu. Mula2 saya offer baca Surah Al-Bayyina tetapi last minute saya neves sangat saya tukar ke Al-Kauthar..
Alhamdulillah..dlm debar tercapai hajat saya. Surah terpendek pun rasa panjang bila baca dalam debar dan kalut.

Sekarang saya di sekolah baru
Suasana baru
Jangan tunggu orang untuk mengajar
Jangan pilih siapa yang mengajar
hatta drp anak kecil
Ruang belajar sentiasa terbuka
Jika bukan daripada buku, belajar juga melalui pengalaman hidup
Kita walau dimanapun berada kena kejar ilmu
kejar masa..kejar keberkatan
jangan tunggu dan lihat
Jika tidak dapat memberi, belajarlah untuk menerima
Tapi jangan jd penerima selama-lamanya
Bukankah tangan yg memberi itu lebih baik dr yang menerima?
Belajarlah ..jangan berhenti belajar dan mengajar
Ilmu Allah luas..kaji dan gali
Mudahan kita mati nanti amalan kita diterima oleh Allah SWT. Aamin.





Hakikat dua kalimah Syahadah أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Hakikat dua kalimah Syahadah أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ