Saat menulis tentang ini, hati berasa
sangat malu..tangan dan jari2ku kaku seketika.. jantung berdegup kencang, air
mata mengalir deras membasahi apa sahaja di depan mata…
Allah.. aku malu kepadaMu
Aku malu kerana terlalu banyak berburuk
sangka
Aku malu kerana jarang bersyukur atas
nikmatMu
Sangkaanku wang ringgit syarat
kebahagiaan..rupanya bukan
Allah…
Izinkan jari2 yang penuh noda ini
menulis..supaya apa yg bakal disampaikan memberi manfaat walaupun sedikit
27.09.1996 merupakan tarikh keramat
dalam hidup..Kalimah Syahadah dilafazkan, di petang Jumaat yg mulia..
Hidup ku telah banyak berubah..
Sejak dari itu terdetik di fikiran untuk
pergi ke Mekah.. teringin sangat nak pergi ke Rumah Allah..
Tetapi apakan daya, masih belajar. Mana
punya wang untuk pergi.
Teringat juga saya, Kak Mazida dan
beberapa orang rakan ada menulis kertas kerja untuk mendapat tajaan ke Mekah
menunaikan umrah. Nama saya termasuk di dalam kertas kerja tersebut. Saya tidak
ambil pusing. Maklumlah, ilmu masih cetek. Wang ringgit pun tiada. Akhirnya,
proposal tersebut tiada khabar berita.
Saban tahun, hanya mampu mendengar dan
membaca perjalanan umrah dan haji rakan-rakan. Hati bersyukur kerana mereka
dikurniakan rezeki daripada Ilahi. Saya selalu minta mereka doakan saya di
sana. Saya masih belum mampu pergi kerana ada urusan keluarga yang perlu
diselesaikan. Tapis y yakin, suatu hari nanti Allah pasti akan beri saya
peluang dan ruang itu. Berbeza dengan doa-doa yang lain, doa untuk pergi ke
rumah Allah tidak pernah saya lafazkan. Hati sentiasa berbisik, Ya Allah,
mudahkanlah urusanku. Temukan aku dengan Mu ya Allah di Rumah Mu yang paling
agung itu.
Bila dan bagaimana tidak pernah saya
persoalkan.. tapi saya yakin Allah pasti buka jalan itu.
Tahun ini, seorang rakan saya..Mak Bah
telah berbincang tentang perancangan kami untuk Umrah pada bulan Disember 2017.
Maka Mak Bah telah memasukkan saya dalam Group Whatsapp Umrah Maqbulah. Hati sy
terdetik lagi, cukupkan duit saya nanti. Mak Bah kata, kita mula menabung untuk
umrah ini bermula Ogos 2016 sebanyak RM400++ sebulan. Saya ragu-ragu, cukupkah
perbelanjaanku, mampukan saya bayar seperti yang dirancangkan. Tetapi dalam
resah berperang dengan keraguan dan monolog dalam, tidak sekali saya lafazkan
pada Mak Bah. Saya Cuma kata, InshaAllah Mak Bah.. Insha Allah..saya nak pergi
Mak Bah. Doakan ya ..
Pada suatu malam, di sepuluh Ramadhan
yang terakhir saya telah bermimpi solat di depan Kaabah bersama sahabat saya Dr
Nik Amalia (Lia). Perasaan saya di dalam mimpi tersebut tersangatlah gembira
kerana itu adalah pertama kali saya dapat melihat Kaabah. Dalam mimpi itu juga,
saya sempat minum air Zam-Zam yang sangat segar rasanya. Apabila saya bangun
pagi tersebut, saya sangat teruja dan memberitahu di dalam whatsapp kepada Lia
tentang pertemuan kami di Kaabah itu.
Saya juga memberitahu beberapa orang
sahabat saya tentang mimpi tersebut dan mereka juga begitu teruja mendengarnya.
“Kak, mungkin nama akak dah tertulis
untuk pergi ke rumahNya dalam masa terdekat ini”, ujar Qina.
Ye ke.. Dalam hati memang penuh harapan
semoga mimpi itu akan menjadi kenyataan.
17/06/2016 (Sabtu) rupanya Lia telah menghantar mesej yg
panjang, menunaikan harapan saya untuk pergi Umrah pada tahun ini. Malangnya
saya tidak membacanya kerana telefon bimbit saya rosak.
19/07/2016 saya tergerak hati untuk
membuka FB saya yang telah deactivate. Status saya adalah tentang adhesion
colic.
Kemudian Lia, menjawab status saya.
“ akak saya ada whatsapp akak tetapi
akak tak reply”.
Saya menjelaskan keadaan HP saya.
“Lia, jika ada personal Lia inbox atau
hntr ke Telegram saya ye”, ujar sy penuh debar.
Beberapa minit kemudian, Lia menghantar
dua screenshoot whatsapp nya.
Tangan kaku, air mata mengalir deras.
Berita apakah ini Ya Allah.. Ya Allah..
Ya Allah
Allah..sudah aku terbayang kaabah di
depan mataku
Terbayang syahdunya berdoa di depan
Kaabah
Terbayang bertemu kekasihku yang aku
rindu
Allah.. maka nikmat Mu yang mana satukah
aku dustakan?
Yakinlah bisikan hati itu satu doa
Bersangka baik pun doa
apatah gik kata-kata yang terlafaz dibibir
Usah ragu dengan rezeki Allah
Jangan putus asa dlm mencari redha Nya
Rezeki datang cepat atau lambat jak
sebab Allah tahu bila masa yang terbaik untuk kita.
Allah..mudahkan urusan ku dan suamiku untuk pergi nanti..
Murahkan rezeki Dr. Nik Amalia dan Dr. Amir Hisyam Yazid. Limpahkan rahmatMu pd mereka...
#Speechless

