Thursday, 26 May 2016

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK

 Hidup ini umpama roda.. Roda yang berpusing..berbakti kepada kenderaan untuk terus bergerak ke hadapan dan ke belakang.
Jangan jadi roda yang rosak, tidak mampu memberi manfaat lagi

Percaya tak apa yang kita buat akan memberi kesan kepada kita? Jika tidak sekarang mungkin bertahun-tahun yg mendatang. Berbuat baik tidak perlu ada syaratnya. Saya kurang gemar jika kita hanya berbuat baik pada orang tertentu ataupun pilih bulu.

dalam hidup ini ada dua perkara yang sangat penting
hablun minnal Allah (Hubungan dgn Allah)
Hablun minnan Nas (Hubungan dengan manusia)
Hubungan dgn Allah biarlah menjadi rahsia kita dengan pencipta kita..tetapi hubungan dgn Allah juga menjadi cerminan hubungan kita sesama manusia.
Ya..hubungan dgn Allah itu sgt penting..asal Allah Redha..itu yg penting..
Tetapi Islam juga mengajar kita untuk berbuat baik pd semua org hatta org yg kita anggap musuh

Sejarah telah membuktikan betapa ramainya manusia tersungkur ditangan rakan karib sendiri..
Dan tidak kepalang banyaknya musuh jadi sahabt yang kita boleh berkongsi rasa hati
Hidup ini umpama roda..
yg muda akan tua
yg hidup juga akan mati
carilah 5 sebelum 5
sahabatku dialam maya ini,
Andai ini coretan yg terakhir..kenanglah daku sebagai sahbt yg dulu pernah menyebabkan kamu tertawa ria, menangis bersama, bersuka ria bersama-sama
jangan ingat kejahatan saya..kerana ketika saya melakukan itu sy sedang khilaf ..mgkn sedang hanyut dengan hasutan nafsu 
maka maafkan saya
sahabatku,
betapa ramai diantara kita yang kecewa kerana org memandang serong padanya tanpa tahu cerita sebenar
ramai lagi yg berdukacita atas tuduhan yg tidak dilakukan
lihatlah disekeliling kita
ramai sungguh yg kita aniaya
menilai tanpa menyelidiki
jauh sekali untuk mendekati
38 tahun sy didunia ini
saya cukup bahagia punyai ramai kawan yg baik2
kerana baik itu subjektif
baik bagi saya mungkin tidak baik untuk org lain
maka .. 
adili sahabtmu sebaik baiknya
hargai sebelum dia hilang dr pandanganmu
Hari ini sahabt sy menghantar makanan sehingga sy habis menjamahnya.. 
Dalam hati ini, bertuahnya punya sahabat sebaik ini
Itu kurniaan Ilahi.. Maka nikmat Allah yg mana satukah yg engkau dustakan wahai Husna.. Allah. 
Hidup ini sudah Allah tulis skripnya..kita sebagai hamba kena redha. 
Bersyukur dan bersyukur
Senyum dan senyum.. 

#what you give you get back.

No comments:

Post a Comment