Thursday, 26 May 2016

AKU SEORANG HAMBA: TAKDIRNYA AKU REDHA

38 tahun kehidupan.. banyak yang telah saya lalui
menulis ini bukan untuk mengejar populariti
Jauh sekali untuk mendabik dada berasa bangga dengan kurniaan yg ada
Tulisan ini untuk mendidik
Kehidupan manusia berbeda beda
jalan cerita hidup tidak sama

Bermula dengan kelahiran
Ada ibu yg mudah..ada yg susah..ada yang normal..ada yg kena bedah
Bila mati pun sama juga..
Ada yang mati sakit, mati tidak sakit apa2 pun ada, mati kemalangan, mati lemas..byk lagi
Tapi jgn sampai mati hati..

Hidup adalah anugerah..hiduplah dengan gembira tatkala usia masih ada untuk kita
Kerana kita seorang hamba..maka kita kena redha
Senyum jangan pernah kurang

Dalam hidup saya banyak sangat perkara yang saya tidak mahu, berlaku
Apa yang saya kata tidak, terjadi

Saya sangat bercita-cita menjadi peguam
Pada tahun 1996 saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA, Lembah Pantai.
Setelah graduasi pd tahun 2002, atas desakan ibu sy mengambil Kursus KPLI -TESL
2 benda yang sangat saya tidak mahu
Pertama menjadi guru
kedua; yang lebih perit lagi menjadi guru BI .. saya tidak mempunyai kimia yang baik bersama subjek BI ini
Kini sudah 13 tahun bergelar pendidik..hati ini semakin cinta

Tiba pula masanya untuk penempatan..dalam hati memang tidak mahu mengajar di bandar..
Saya juga mati hidup semula memang tak nak mengajar di Saratok. Itu doa saya pd Tuhan..hantarlah saya ke ceruk duni yang lain asal bukan saratok.
Apabila menerima surat posting, hati melonjak girang. Manakan tidak SMK AGAMA SRI AMAN SARATOK
Sri Aman? Alhamdulillah
Tengah sibuk2 bergembira, tetiba kawan call..
Umang, sekolah ya sekolah baru.Untung Kau.. Kat Saratok
What??????? Saratok???
Selama 12 tahun di Saratok..hati sungguh terpaut. Kalau boleh nak pencen di Saratok. Tapi apakan daya, kita merancang Tuhan menentukan.

Apabila sudah bekerja saya ada impian memiliki kereta yang besar. Bukan Kereta Kancil.
Tiga bulan pertama sibuk belajar bawa kereta.. bila dah dapat lesen so seronoklah..
Pada suatu pagi mak kawan saya call.. Umang, nak beli kereta tak? Sekarang kancil 0 downpayment..
Saya pulak dengar 0 downpayment tak fikir banyak..terus ke kedai Easy Own Motor, Saratok.
Seminggu selepas itu saya menjadi pemilik sah QKX6340, Si Mini Alphard Silver. Kancil.. sampai sekarang masih ada. Si kancil ini menjadi saksi berjuta cerita. Sayang Kancilku.

2009, nama saya tercicir untuk dilantik mengajar Tingkatan 6 MUET.
gembiranya saya sebab saya lebih suka mengajar arus perdana.
Ketua Bidang Bahasa ada kekosongan..kerana guru tersebut dilantik ke Ting 6.
Saya dah pasti bukan saya yg akan dilantik.
Manakan tidak, jadi ketua panitia pun tak pernah.
Ketika kem Disiplin di Ulu Layar Betong (masatu ketua guru disiplin) Arwah pengetua Ustaz Mahusain datang..
Faridah, saya nak lantik kamu jadi ketua bidang..
Apa? Ketua Bidang?
Jangan ustz..saya nak jd cikgu biasa
Ramai lg yg senior..yg lebih berpengalaman..tolonglah ustaz
Ustaz angguk2..lega hati saya.
Pagi isnin, ada mesyuarat guru..
Di sini saya umumkan Ketua Bidang Bahasa kita yang baharu ialah Cik Faridah Husna Abdullah.
 Ustaz???????
Kenapa buat saya mcmnie?
apapun terima kasih ustz. Hikmah memang tak nampak dlm sehari. Hikmah memang tersembunyi. Jika bukan hari ini, hasilannya akan datang jua suatu hari nanti. 

Usia semakin menginjak tua.. terasa pula ingin berumah tangga.
Impian bersuami ..memiliki zuriat, bahagia, gembira, suami yg dpt bimbing saya ke Syurga Firdausi, menjadi imam solatku dan zuriatku
Impikan suami berkaca mata, berkot dan bertali leher,
Asalkan bukan polis kerana saya sejarah silam saya menjadikan rasa prejudis kepada polis2..(Maaf ye)
Entah mcmana, jodoh datang secara tetiba
Saya terima tanpa banyak bicara
Belum sempat jatuh cinta sudah berumah tangga..
Siapa.. Abang POLIS juga..

Tahun lepas saya memohon pindah mengikut suami
Dalam hati janganlah dapat SHOAW
Bila dapat surat pindah..Tahniah..
Anda ditempatkan di SMKA SHOAW
What say u?
Hikmah nya besar
Saya bahagia di sini..
Gerak kerja yang jauh berbeza menjadikan saya lebih jatuh cinta kpd kerjaya saya.

Sekarang dan kini
Saya masih diberi nikmat hidup
Selagi saya punya hayat ..saya mohon agar hati redha dgn ketentuannya
Quranic Quotes #25






No comments:

Post a Comment